Review Novel Asam Pedas Untuk Dia




Assalamualaikum..Rasa macam dah review sebelum ni..Tapi,check balik senarai novel yg dah direview rupanya belom lagi..Huhu..Meh Za nak review..Sekarang novel ni dah diapdatasi kat
TV3 kan..Best taw novel ni.. Jom baca sinopsis.. ^_^


Sinopsis
AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!

5 comments:

  1. haahlah.. mcm best je.. tp yg kat tv tu x sempat nak tgk, huhu~

    ReplyDelete
  2. Ramai juga yang review novel ni .. rasanya wife saya pun ada gak novel ni dalam koleksi dia ...

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  3. saya suka asam pedas tapi saya kurang suka baca novel percintaan... takut terbawa bawa... lebih suka baca novel sejarah

    ReplyDelete
  4. xde tv.. tp kalau tajuk dia "Asam Pedas Percuma untuk Anda" lagi best.. huhu~
    Jemput singgah blog sy http://zasplace.blogspot.com/

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.