Minyak wangi asalnya bauan melalui asap

Sejarah perkataan 'parfum' berasal daripada bahasa Latin 'perfumum' bermaksud 'melalui asap'.Ia digunakan sejak ribuan tahun lalu.Ketika itu,minyak wangi digunakan untuk pelbagai keperluan ritual bermula daripada kelahiran anak sehingga ke upacara kematian.Dupa dan kayu manis dibuat sebagai bahan asas yang diolah dengan cara digiling,diparut dan ditumbuk.

Orang Mesir adalah bangsa yang pertama memasukkan minyak wangi ke dalam budaya mereka diikuti China purba,Hindu,Afrika dan diikuti negara yang lain.Penggunaan wangian aromatik tumbuhan dan bunga untuk haruman yang semerbak dikenal pasti untuk waktu yang sangat lama.Lanjutan itu,orang Rom memperkenalkan banyak spesies tanaman aromatik yang masih ada hingga ke hari ini.

No comments:

Post a Comment

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.