Tip Berhutang

Assalamualaikum..nak berhutang?jom baca tip-tip ni dulu..:)

1.Sebelum membeli secara kredit,buat pertimbangan terlebih dahulu supaya kredit terssebut tidak membebankan kamu.

2.Buat tinjauan beberapa sumber kredit untuk mendapatkan kos kredit yang terendah.

3.Pastikan bahawa kamu mampu memenuhi tanggungan kewangan.

4.Gunakan untuk perbelanjaan utama seperti pembelian rumah dan kenderaan.

5.Baca kontrak pinjaman dengan teliti sebelum menandatangi.
    
6.Jangan menandatangi borang kontrak yang kosong.

7.Tentukan sama ada pemilikan serta merta barangan yang dibeli itu berpatutan dengan kos kredit yang terpaksa ditanggung.

8.Pastikan pinjaman tidak dibuat dengan pemberi pinjaman wang yang tidak berlesen.

9.Pinjam pada jumlah yang terendah yang diperlukan dan bukannya pada jumlah maksimum.

10.Apabila membeli secara kredit,pastikan mutu barangan adalah sama jika membeli secara tunai.

11.Jelaskan dahulu pinjaman sedia ada sebelum membuat pinjaman yang baru.

12.Pastikan jika terdapat sebarang bayaran tambahan.

13.Dapatkan maklumat lengkap tentang polisi pinjaman jika tidak dapat menepati bayaran pada masa yang ditetapkan.      
 

2 comments:

  1. datang berkunjung dengan follow, kalau ada waktu saya tunggu kunjungan dan follow anda :D

    terimakasih.

    ReplyDelete
  2. sebelum nak berhutang biasanya akan fikir lebih dari dua kali... hu hu hu... sebab takut x dapat penuhi komitmen tu...

    ReplyDelete

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.